SHAH ALAM: Polis mengesahkan menerima laporan berbentuk penafian membabitkan tiga individu yang didakwa menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 di sini pada Jumaat lepas.
"Kita telah lengkapkan kertas siasatan dan edar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut pada petang ini," menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, beliau berkata tiga pengamal media direman dua hari bermula 6 Jan lepas bagi membantu siasatan berikutan insiden itu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Mohamad Suffi Kamari, 35, menafikan telah menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor sebaliknya mendakwa beliau menerima jemputan sebagai ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung isu penduduk Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur.
Mohamad Suffi berkata beliau bersama dua rakannya telah diminta oleh wakil Jawatankuasa Gerakan Pertubuhan Ummah untuk menghadiri pertemuan dengan Datuk Seri Amirudin Shari pada hari kejadian.
Beliau berkata pemakluman mengenai kehadiran mereka juga telah dibuat kepada pegawai bertugas di pintu pagar masuk kediaman rasmi itu.
"Selepas dibenarkan masuk, saya juga sempat berada bersama Menteri Besar dan penduduk Kampung Sungai Sireh... saya juga bersalaman dengan Menteri Besar Selangor yang sedang mengetuai mesyuarat tersebut.
"Tiada sebarang provokasi sepanjang pertemuan tersebut... di tengah mesyuarat, saya dipanggil keluar oleh pegawai Menteri Besar Selangor yang kemudian menuduh saya menceroboh kediaman itu sebelum kami ditangkap," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.
Ketua Pegawai Operasi Harakah Nadzir Helmi pula berkata laporan yang dibuat oleh tiga petugasnya itu adalah bagi mempertahan kebenaran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
Polis mengesahkan menerima laporan berbentuk penafian membabitkan tiga individu yang didakwa menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Hentikan amalan sakau wang rakyat, kayakan diri dan kelompok kecil - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan mewarisi negara dalam keadaan sukar, termasuk hutang negara yang tinggi dan kenyataan itu seolah-olah cuba dipadamkan sesetengah pihak.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Kes ceroboh kediaman MB Selangor: Polis sahkan terima laporan penafian tiga individu
Polis mengesahkan menerima laporan berbentuk penafian membabitkan tiga individu yang didakwa menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat lepas.
Ceroboh kediaman MB Selangor: Kertas siasatan dirujuk kepada pendakwaan esok
Kertas siasatan berhubung kejadian tiga pengamal media tempatan menceroboh masuk ke dalam kediaman rasmi Menteri Besar (MB) Selangor, diserah kepada kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri, esok.